Times of India melaporkan, Chandrayaan-2 dijangka melakukan pendaratan di antara pukul 1.30 pagi dan 2.30 pagi waktu tempatan.

Selain Modi dan lebih 300 wartawan dari dalam dan luar negara, seramai 60 pelajar dari yang memenangi kuiz anjuran kerajaan India turut berpeluang menyaksikan detik bersejarah itu secara langsung di ISRO.

Modul ini akan melakukan pendaratan pertama India ke bulan di atas permukaan mendatar pada untuk mengkaji penemuan air sebelum ini.

Sebelum ini menerusi misi pertama, Chandrayaan-1, pada 2008, mengesahkan kehadiran molekul air di permukaan bulan.

Misi yang dianggarkan memakan belanja sekitar AS$140 juta (RM591 juta) itu dikenali sebagai pesawat bulan dalam perkataan Sanskrit. -AGENSI