Untuk itu Perunding Media Syria Care, Razali Awang telah bertolak ke Turki dan seterusnya meneruskan perjalanan masuk ke dalam Syria bagi melaksanakan misi yang dikenali sebagai Misi Kemanusiaan Syria Care 10.

Misi kali ini memfokuskan perlaksanaan dan pengagihan korban dan sedekah sembelihan.

Misi kali ini juga akan disertai wartawan Utusan Malaysia, Aznan Bakar.

Untuk Utusan Online akan memaparkan laporan eksklusif dari kawasan bergolak di Syria di samping laporan misi kemanusiaan oleh Syria Care. - UTUSAN ONLINE