AFP yang memetik Frances Corner yang baharu dilantik sebagai ketua baharu Universiti Goldsmith, London itu sebagai berkata, universiti itu akan mengharamkan penjualan produk berasaskan daging bermula bulan depan, selari dengan misi untuk menjadikan bebas karbon dalam tempoh enam tahun lagi.

Universiti Goldsmith bukan universiti pertama yang mengerakkan kempen itu, sebaliknya Universiti Cambridge memulakan gerakan itu dengan mengharamkan penjualan daging dan kambing di pusat pengajian itu sejak 2006. - AFP