Tiga peserta bertuah akan memenangi percutian bersama dua orang ke Jepun yang masing-masing bernilai RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., T. S. Santharuban, Calpis ingin berkongsi kebaikan dengan pengguna sebagai minuman susu yang lazat dan berkhasiat dengan melancarkan peraduan ‘Journey to Japan’ selain sebagai tanda ucapan terima kasih kepada pengguna.

“Pemenang peraduan ini pastinya akan dirai semasa lawatan mereka ke Jepun, tempat kelahiran Calpis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pertandingan itu perlu membeli dua botol Calpis atau Calpis Fiber 350ml atau 1L pelbagai perisa dalam satu resit dan menyerahkan butiran penyertaan kepada nombor yang disediakan melalui aplikasi WhatsApp bersama butiran peribadi bermula dari 11 Mac lalu hingga 9 April ini.

Pembeli juga disarankan menyimpan resit asal sebagai bukti pembelian.

Dalam pada itu, Santharuban berkata, pihaknya juga menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM100 kepada 50 pemenang selama 30 hari sebagai tanda memperingati pencapaian syarikat tersebut selama satu abad beroperasi sejak 1919.

Tambahnya, sepanjang tempoh yang sama juga Calpis akan bekerjasama dengan pasar raya besar, pasar raya dan stesen petrol berhampiran untuk menawarkan lebih banyak hadiah dan promosi.

“Pengguna boleh berkunjung ke mana-mana cawangan terpilih untuk membeli produk Calpis dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah berciri premium serta eksklusif seperti pembesar suara bluetooth, pengisar mudah alih, Mi Band dan banyak lagi.

“Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ‘Journey to Japan’, boleh lawati laman Facebook Calpis Malaysia atau laman sesawang www.etikaholdings.com/contest-and-promotions,” katanya. -UTUSAN ONLINE