Ekoran itu, Menteri Luar, Marcelo Ebrard

berpendapat, negara itu kini tidak lagi berdepan dengan ancaman tarif seperti yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump sebelum ini.

Trump sebelum ini mengumumkan untuk mengenakan tarif lima peratus ke atas semua barangan dari Mexico mulai 10 Jun sehingga imigrasi haram di seluruh sempadan selatan itu dihentikan.

Trump berkata tarif akan meningkat kepada 10 peratus pada 1 Julai, 15 peratus pada 1 Ogos, 20 peratus pada 1 September dan 25 peratus pada 1 Oktober.

Sehubungan itu, Ebrard memberitahu, beliau akan berlepas ke Washington dalam masa terdekat bagi membincangkan mengenai isu pendatang asing tanpa izin itu. -AFP