SEOW CHENG SWEE
SEOW CHENG SWEE 

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Wonderland, Seow Cheng Swee berkata, antara yang ditawarkan adalah Pakej Sekolah Melaka Wonderland dengan hanya mengenakan harga tiket masuk sebanyak RM42 seorang untuk murid sekolah rendah dan RM48 seorang (pelajar sekolah menengah).

Beliau berkata, menerusi pakej itu juga, satu tiket masuk percuma diberikan kepada seorang guru dan pemandu bas, manakala had minimum penyertaan untuk layak menerima pakej itu ialah 25 orang.

“Tawaran pakej ini juga sah setiap hari termasuk cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum kecuali hari Isnin,” kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata, selain pakej untuk pelajar sekolah, syarikat korporat atau keluarga yang ingin mengadakan majlis serta aktiviti berkumpulan di taman tema itu berpeluang mendapat tawaran harga yang menarik.

Dengan harga serendah RM57 seorang, aktiviti berkumpulan tersebut boleh dinikmati di Melaka Wonderland setiap hari termasuk hujung minggu, cuti sekolah dan cuti umum, kecuali Isnin.

Menurut Cheng Swee, menerusi pakej keluarga, korporat atau kumpulan tersebut, bayaran dikenakan meliputi pek makan tengah hari dan penyertaan tiga jenis permainan di taman tema tersebut.

“Penyertaan minimum bagi pakej ini ialah 30 orang, malah pihak kami memberi tiket masuk percuma kepada pemandu bas yang menyertai kumpulan itu.

“Tawaran ini terbuka tanpa had masa kerana Melaka Wonderland menyediakan pelbagai jenis permainan dan kemudahan taman tema air yang menarik untuk disertai pengunjung,” katanya.

Empat tarikan iaitu aktiviti memberi makan ikan dan arnab serta dua kegiatan kayuhan di atas tasik iaitu tube ride dan pedal boat beroperasi setiap hari di tasik taman tema tersebut dengan mengenakan bayaran berpatutan.

Menurut Cheng Swee, selain 10 jenis aktiviti gelongsor yang disediakan di taman tema itu, pihaknya cuba mempelbagaikan aktiviti untuk memberi kepuasan kepada pengunjung.

Selain itu, katanya, Melaka Wonderland turut menawarkan promosi musim cuti kemasukan ke taman tema tersebut bernilai RM139 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak-kanak berbanding harga asal RM156.80.

Kata beliau, pihaknya turut menyediakan hidangan makan tengah hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 2.30 petang, minum petang bermula pukul 3 hingga 5.30 petang dan hidangan BBQ kepada pengunjung dengan bayaran bermula daripada RM35.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai pakej-pakej serta pertandingan di taman tema ini boleh berhubung terus menerusi talian 06-2313333, e-mel di [email protected] atau di laman web: www.melakawonderland.com.my. - UTUSAN ONLINE