Katanya, atas sebab itulah, perlunya satu forum untuk wartawan Malaysia membina satu pemahaman umum mengenai prinsip-prinsip utama dalam melaksanakan operasi keselamatan dan mempromosikan penglibatan bersama serantau.

“MPI telah bekerjasama dengan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengadakan bengkel-bengkel sejak 2009, untuk menyediakan wartawan Malaysia forum seperti ini, bagi menilai dan membincangkan amalan terbaik dalam membuat liputan mengenai keselamatan, pertahanan, bencana dan bantuan kemanusiaan di seluruh Asia Tenggara,” katanya dalam ucapan aluannya di Bengkel MPI di sini hari ini.

Bengkel mengenai ‘Peranan Media dalam membuat liputan kerjasama keselamatan’ yang dirasmikan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Sirin Lakhdir itu, dihadiri 21 wartawan mewakili 17 pertubuhan berita dari seluruh negara temasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Chamil berkata, bengkel ini bertujuan mewujudkan kesedaran tentang inisiatif sedia ada dan membangunkan idea-idea baru bagaimana memperbaiki kerangka kerja untuk kerjasama secara lebih mendalam, pertukaran ilmu dan juga membincangkan cabaran yang dihadapi berkaitan isu-isu keselamatan di rantau ini. - BERNAMA