Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop yang menerima maklumat itu hospital berkenaan.

"Saya telah dimaklumkan oleh pegawai HTJ bahawa mayat Nora Anne telah dibawa keluar.

"Saya difahamkan mayat itu kemudian dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum itu, sebuah van berwarna kelabu tiba di pekarangan Jabatan Forensik kira-kira pukul 12.38 tengah malam.

Turut kelihatan ialah beberapa individu yang dipercayai petugas syarikat pengurusan mayat.

Ahli keluarga Nora Anne tidak kelihatan.

Van tersebut berlalu pergi kira-kira pukul 12.42 tengah malam selepas memuatkan sebuah keranda dipercayai mengandungi mayat Nora Anne. - UTUSAN ONLINE