Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, berkata, mayat Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemukan kira-kira pukul 9.30 pagi oleh pasukan penyelam yang melakukan operasi pencarian.

"Mayat mangsa ditemukan kira-kira 15 meter dari kawasan dia dilaporkan hilang oleh pasukan penyelam yang melakukan pencarian hari ini.

"Mayat mangsa tersangkut pada batu sedalam satu meter di kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu," katanya di sini hari ini.

Semalam, mangsa dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus ketika mandi di Air Terjun Chamang bersama tiga rakannya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, mangsa yang sedang mandi hilang selepas dibawa arus deras. - UTUSAN ONLINE