Ketua Polis daerah, Superintenden Azli Mohd. Noor berkata, kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku ketika mangsa, Wagiman Jemiran, 52, dan empat ahli keluarganya dalam perjalanan dari arah Tanah Merah, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Apabila sampai di tempat kejadian, mangsa memberhentikan kereta dipandunya kerana mengalami kerosakan di bahu jalan sebelum kereta mangsa dilanggar oleh sebuah lori sehingga melintang di jalan.

"Mangsa kemudiann mengeluarkan semua penumpang dan membuat kawalan lalu lintas sebelum dilanggar sebuah kereta di tengah jalan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.

Katanya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

- UTUSAN ONLINE