AHMAD YAKOB

Beliau berkata, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh beberapa sumber.

“Saya ucap takziah (kepada keluarga mangsa). Saya dapat maklumat (meninggal dunia) berpunca daripada campak,” katanya ketika ditemui pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kematian Nasri Rosli yang berusia tiga tahun di HRPZ II kira-kira pukul 6.45 petang semalam.

Mangsa dimasukkan ke hospital tersebut pada 9 Jun lalu akibat jangkitan radang paru-paru.

Kematian menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia akibat wabak misteri di Kuala Koh, Gua Musang meningkat kepada 15 orang.

Dalam pada itu, sebanyak 113 orang penduduk Orang Asli suku kaum Batek di kawasan tersebut menerima rawatan. - UTUSAN ONLINE