Baginda bertitah, ketetapan tersebut diputuskan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman dan dipersetujui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) yang mana harus dilaksanakan dengan sempurna.

"Semua imam dan pentadbir masjid harus mengikuti ketetapan tersebut dan saya tidak mahu ada pihak mempersoalkan perkara ini.

"Solat tarawih 20 rakaat bukan perkara baharu di masjid di Pahang. Sejak bertahun-tahun kita amalkan," titah baginda pada Majlis Berbuka Puasa dan Pengurniaan Sumbangan di Masjid Tengku Abdullah, Peramu di sini hari ini.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira1,500 penduduk sekitar itu, seramai 350 orang menerima sumbangan sempena Ramadan.

Tengku Abdullah berharap umat Islam tidak sewenang-wenangnya mempermudahkan soal atau isu berkaitan agama. - UTUSAN ONLINE