(MAQIS) mengagalkan cubaan membawa masuk produk susu tepung import

dari Jerman tanpa mempunyai sijil kesihatan yang sah dari negara asal di Zon Perdagangan Bebas KLIA, dekat sini kelmarin.

Hasil pemeriksaan pada pukul 18.50 petang itu mendapati terdapat 18 kotak susu tepung seberat 180 kilogram, dianggarkan bernilai RM5,134.

Menurut Pengarah MAQIS Negeri Selangor, Dr. Tarmisal Alimin, konsainan tersebut telah ditahan dan disita untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728], iaitu tidak mematuhi syarat import.

"Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 15(2), Akta yang sama iaitu jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak

melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

"Bagi kesalahan kedua atau berikutnya denda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tarmisal berkata, MAQIS sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, ikan yang masuk ke dalam negara mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

"Ini bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya. - UTUSAN ONLINE