Penolong Pengurus Pegawai Perkhidmatan Awam dan Komunikasinya, Mazian Nawawi berkata, tiada sebarang kompromi oleh pihaknya berkaitan soal keselamatan pengunjung di taman tema berkenaan.

Malah katanya, pihak pengurusan juga sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan khidmat pelanggannya dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada pengunjung.

"Jumlah kakitangan telah ditambah terutama pada musim cuti persekolahan dan juga cuti umum bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

"Selain itu, latihan-latihan khidmat pelanggan kepada semua kakitangan terus ditambah baik dalam usaha melindungi keselamatan sekali gus meningkatkan kepuasan pengunjung MAPS," katanya dalam kenyataannya, di sini hari ini.

Pelakon Ardell Aryana dalam satu muat naik status terbaharu di akaun Instagram miliknya mendakwa dua buah kereta termasuk keretanya telah dipecah pada bahagian cermin semasa mengunjungi taman tema itu Ahad lalu.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siapa pernah kereta kena pecah di tempat percutiaan keluarga , seperti taman tema ? Kejadiaan ni terjadi ahad lepas lebih kurang 7:50 pm , 2 buah kereta kena . Kereta sy ,2 cermin kena pecah termasuk kerosokkan door dalaman sebelah kanan , manakala mangsa ke 2 kereta encik zarul 1 cermin turut dipecah kan . Jadi sebagai pengunjung yang datang , apa tindak kan sewajar nya kita kepada pihak taman tema itu ? Dari segi keselamatan memang secara jujur dan penuh kecewa sy boleh kata kan “perlu di naik taraf “ , kerana apa ? Kerana alasan yang diberikan tidak cukup orang,kami cuma 6orang yang bertugas waktu ini... taman tema besar yang jaga 6 orang ?. Saya & mangsa ke 2 masih tidak dapat berjumpa dengan pihak management tempat “maps_perak” ini , jadi saya berharap pihak #mapsperak bertanggungjawab keatas kami pengunjung yang masuk maps . Kami bayar & bukan nya masuk PERCUMA 27 orang semua bayar , jadi harap jangan ignore kami punya report . Saya sepatutnya balik ke kl semalm kerana hari rabu saya kena ke kedah untuk shooting , tetapi disebab kn perkara ini terjadi saya baru dapat pulang ke kl malam ini sebab mengambil masa cari kedai cermin di perak ( sememangnya bukan tempat sy ) agak sukar untuk sy mencari . Saya harap pihak “maps perak “ bertanggungjawab serta saya harap lebih respect ✊🏻 pada pengunjung yang datang, terutama pekerja disana ... saya berkata begini bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sy kecewa kerana sy harus menunggu selama 2 jam dikereta selepas memberitahu staff maps tanpa apa2 tindakkan lalu meninggal kn sy sekeluarga disitu seperti mengemis , kenapa saya kata begitu kerana family saya bergilir kena jalan jauh masuk kedalam untuk bertanya kan soal ini . Yang kelakarnya, Kes ni main pas2 atas alasan “ada show “ sedang dijalan kan di dalam , sy marah kerana .. tidak bertanggungjawab. Dengar aduan kami, lalu meninggal kan kami selama 2 jam itu bukan cara sepatutnya staff anda patut berikan kepada kami . Kalau anda , apakah tindak kan anda supaya pihak itu bertanggungjawab ?. Saya lakukan begini supaya selepas ini tidak ada lagi yang kena seperti saya sekeluarga dan en.zarul (mangsa ke2). Maaf andai terkasar bahasa , Family day yang tak menjadi 😔

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

Ardell yang turut memuat naik empat keping gambar kejadian itu mendakwa terpaksa menunggu selama dua jam tanpa sebarang tindakan daripada petugas taman tema berkenaan.

Menurut Mazian, MAPS telah pun menghubungi Ardell bagi menyatakan permohonan maaf dan kekesalan di atas kesulitan yang dialami pelakon itu dan keluarganya.

"Kami amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa beliau dan siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan.

"Kami memberi jaminan tidak akan berkompromi soal keselamatan pengunjung MAPS," katanya. - UTUSAN ONLINE