Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, walaupun kerajaan berhadapan dengan pelbagai cabaran ekonomi pada masa ini namun janji manifesto untuk menghapuskan tol tetap diutamakan.

“Ini merupakan langkah permulaan sebelum kita menuju ke arah untuk menghapuskan tol.

“Tetapi kita kena terima hakikat bahawa skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kedudukan kewangan akibat skandal itu tidak membolehkan kita melaksanakannya (hapuskan tol) dengan segera,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Naik Taraf Lif Perumahan Kastam Bukit Gelugor, Gelugor di sini. - UTUSAN ONLINE