Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, hasrat ingin memansuhkan skim tersebut hanya akan menjejaskan minat generasi muda untuk berkhidmat dalam sektor awam negara seterusnya bertindak bekerja di luar negara.

“Kerajaan perlu sedar, jumlah generasi Y yang berkhidmat dengan kerajaan tidak lagi ramai seperti dahulu.

“Jika kerajaan putuskan untuk mansuhkan skim pencen, taraf bekerja sektor kerajaan tidak lagi punya beza dengan sektor swasta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dominic, skim pencen itu sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang mengangkat martabat rakyat Malaysia untuk kekal setia dalam negara.

“Oleh itu, kerajaan wajar tarik semula cadangan tersebut kerana ramai masyarakat tidak akan setuju dengan saranan tersebut,” katanya. - UTUSAN ONLINE