ABDUL RAHMAN DAHLAN

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, peruntukan pembangunan RM4.533 bilion itu menunjukkan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan ekonomi negeri ini demi memberi ke­sejahteraan kepada rakyat.

“Begitulah aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan negeri (Sabah) terus maju dan membangun selain memastikan usa­ha meningkatkan taraf hidup rakyat diberikan keutamaan.

“Pada saya, bajet ini amat komprehensif kerana bukan sahaja memberi keutamaan kepada pembangunan prasarana tetapi juga memperkasa pembangunan modal insan,” katanya semasa berucap me­rasmikan Tamu Besar Kota Belud 2017 di Tapak Tamu Mingguan di sini, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Musbah Jamli yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tempasuk dan Pegawai Daerah Kota Belud Abdul Gari Itam.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, Tamu Besar Kota Belud merupakan platform untuk peniaga tempatan memasarkan produk mereka selain medan mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum di daerah itu. – Bernama