Bagaimanapun, populariti panggilan tersebut melewati benua apabila ia turut digunakan oleh penjual-penjual barangan cenderamata di bandar raya Madinah apabila mereka melihat jemaah dari Malaysia lalu di hadapan kedai.

“Bossku, bossku... Malu apa bossku. Marilah beli, barang murah-murah,” kata mereka dengan fasih bertujuan menarik jemaah-jemaah Malaysia, Indonesia dan juga selatan Thailand yang diketahui boleh berbahasa Melayu.

Seperti biasa, terdapat pelbagai jenis cenderamata dari Madinah dijual di kedai-kedai sekitar Masjid Nabawi yang menarik seperti sejadah raudhah, jubah, aksesori wanita, kurma dan sebagainya.

Kurma Ajwa atau dikenali sebagai kurma Nabi juga amat popular untuk dibeli oleh jemaah kerana bumi Madinah mempunyai ladang-ladang yang subur dengan tanaman pelbagai jenis kurma sejak beribu-ribu tahun dahulu. - UTUSAN ONLINE