Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, memorandum persefahaman (MoU) berhubung pelaksanaan kaedah berkenaan dijangka dapat dimeterai hujung tahun ini.

Beliau berkata, Malaysia dan Vietnam menyatakan persetujuan untuk menguruskan isu berkenaan ketika beliau melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan Timbalan Perdana Menteri Vietnam, Pham Binh Minh yang juga Menteri Luar negara tersebut dua hari lalu.

“Perbincangan lanjut mengenai kaedah yang ingin dilaksanakan ke arah menandatangani MoU itu akan dibincangkan Julai ini pada mesyuarat melibatkan pegawai kanan Kementerian Luar kedua-dua buah negara.

“Kita menyasarkan butiran lengkap mengenai MoU berkenaan dapat dimuktamadkan menjelang hujung tahun ini,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Perundingan Parlimen Indera Mahkota Kali Kedua di Kompleks Dagangan Mahkota di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE