Mengikut ketetapan kerajaan terdahulu, Malaysia perlu mengguna pakai petrol Euro 4 pada Disember tahun lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution menjelaskan, perkara berkenaan telah dibawa kepada pengetahuan Kabinet dan mendapat lampu hijau untuk ditunda penggunaannya.

"Kita telah mengadakan perbincangan kembali dengan syarikat-syarikat minyak untuk kita melanjutkan tempoh penggunaannya di Malaysia pada satu tempoh masa yang akan kita tetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE