Menteri Industri Utama, Teresa Kok memberi amaran bakal berlaku tindak balas dalam perdagangan dua hala serta beberapa kerjasama lain daripada pengeluar minyak kelapa sawit jika pihak berkuasa Perancis tidak mempertimbangkan semula keputusan mereka.

TERESA KOK
TERESA KOK 

“Ini adalah keputusan yang tidak dialu-alukan dan bertenta­ngan dengan prinsip perdagangan bebas dan adil. Undian dalam Parlimen (Perancis) mencetuskan amarah dan sangat dikutuk,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Rabu lalu, Parlimen Perancis me­ngun­di untuk menamatkan cukai in­­sentif dan memu­tus­kan untuk mera­wat diesel sawit sebagai bahan api biasa dan bukan bahan api mesra alam.

Menyifatkan perkara itu sebagai tidak wajar, Teresa menegaskan tindakan Perancis mengecu­alikan penggunaan dan import minyak kelapa sawit sebagai sebahagian daripada campuran tenaga boleh diperbaharui mampu menjejaskan hubungan perdagangan dua hala dengan Malaysia.

Selain itu, katanya, Malaysia merancang untuk membantah keras tindakan itu dan akan mendapatkan so­kongan daripada pengeluar minyak kelapa sawit utama lain.

“Kami menganggap tindakan Parlimen (Perancis) me­­­ne­­rima pakai pin­da­an undang-undang minyak bio dan bahan api yang sedia ada serta tidak mengiktiraf biodiesel sawit sebagai bahan api hijau sebagai diskriminasi dan tidak adil,” katanya.