buah3
 

Menurut baginda, ini adalah disebabkan buah-buahan tempatan terjamin lebih segar kerana tidak perlu melalui tempoh masa yang panjang dari proses ia dipetik sehingga dipasarkan seperti buah-buahan import.

"Kandungan zat dan vitamin buah-buahan tempatan juga akan lebih terpelihara dan membantu pertumbuhan fizikal kita.

"Negara kita sememangnya kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan dan mempunyai khasiat yang tinggi. Di samping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, durian, mempelam, betik, pisang, belimbing, tembikai, ciku dan banyak lagi mengandungi berbagai-bagai jenis zat dan vitamin yang diperlukan tubuh badan kita," titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan ‘Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan Peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Perlis, Tahun 2019’ yang diadakan di Dewan Syed Sirajuddin Areeb Putra, Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Lailatul Shahreen (SMKTLS), Padang Behor Kangar pagi tadi.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi FAMA, Ishak Ismail dan Pengarah FAMA Negeri Perlis Mohamad Paisal Amri. Program ini adalah anjuran pihak FAMA dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Baginda turut menambah bahawa dari sudut ekonomi pula, kerajaan mampu menjimatkan perbelanjaan negara kerana dapat mengurangkan import buah-buahan dari luar negara. Dengan mengutamakan buah-buahan tempatan, kita juga membantu para petani negara dan merancakkan lagi aktiviti ekonomi.

"Petani yang mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan dapat memperolehi ruang pasaran yang lebih luas dan seterusnya meningkatkan taraf ekonomi mereka," titah baginda.

Bersempena kempen berkenaan, pelbagai acara dilaksanakan termasuklah sketsa, pertandingan melukis, pidato, demonstrasi, pameran, pertandingan memasak dan kuiz disertai oleh 1,500 orang pelajar di sekolah itu termasuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negeri Perlis.

buah2