Imran berdepan kemungkinan hilang kelayakan memegang sebarang jawatan politik selepas berdepan pendakwaan tidak melaporkan aset yang dibelinya di Gala Hills dekat sini, pertuduhan yang dinafikan keras oleh beliau.

“Tiada kecuaian atau penipuan yang boleh dikaitkan dengan beliau. Justeru petisyen mengaitkan beliau dengan pertuduhan ini tidak mempunyai merit dan ditolak,” kata ketua hakim, Mian Saqib Nisar dalam keputusannya. - AFP