cawangannya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini awal bulan ini, berikutan penutupan operasi cawangan Kompleks PKNS pada 8 Julai lalu.

Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd. Hashin, cawangan UTC akan beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan oleh pengurusan UTC iaitu pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pada jam 1.00 petang hingga 10.00 malam.

"Sementara itu pada hari Sabtu dan Ahad bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Bagaimanapun waktu operasi ini khusus di cawangan UTC sahaja, manakala waktu operasi di 26 cawangan LZS adalah seperti biasa.

"Pembukaan cawangan ini merupakan inisiatif LZS bagi memudahkan masyarakat terutama di

kawasan sekitar untuk berurusan dengan LZS di luar jangkauan waktu pejabat dan hari cuti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Norajun berkata, antara perkhidmatan yang disediakan termasuklah urusan taksiran zakat dan bayaran zakat, khidmat rundingan berkaitan agihan zakat, fidyah, wakaf, sedekah serta wang tidak patuh syariah.

Katanya lagi, selain daripada itu LZS cawangan UTC turut menyediakan saluran pembayaran zakat melalui kad kredit Islamik dan debit.

Untuk pertanyaan lanjut,hubungi orang ramai boleh menghubungi LZS di talian 1 300 88 4343. -UTUSAN ONLINE