Lynas Malaysia Sdn. Bhd. (Lynas) dan dapat beroperasi seperti biasa di samping memberi hidayah kepada pihak-pihak yang memandang serong terhadap kewujudan syarikat berkenaan.

Selain itu, solat hajat itu sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bakal diduduki pelajar sekitar daerah ini tidak lama lagi.

Ia merupakan antara pengisian program Ceramah Perdana dan Solat Hajat anjuran Lynas dengan kerjasama pengurusan masjid tersebut.

Solat hajat itu diimamkan oleh Imam Masjid Negeri, Datuk Badli Shah Alauddin selepas menunaikan solat Isyak.

Solat berkenaan turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beserah, Andansura Rabu, beberapa lagi pemimpin masyarakat dan pekerja-pekerja Lynas.

Terdahulu, majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, ucapan alu-aluan oleh wakil Lynas, Jumaat Mansor diikuti ceramah oleh Badli Shah dan penceramah jemputan, Zul Ramli M. Razali bertajuk 'Fitnah, Bencana Akhir Zaman.'

Lynas dilaporkan membuat permohonan pembaharuan lesen operasinya pada 2 Ogos lalu iaitu sebulan sebelum lesen mereka tamat pada 2 September ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan keputusan sama ada kilang nadir bumi syarikat berkenaan dibenarkan memperbaharui lesen tersebut akan diketahui selewat-lewatnya 15 Ogos ini.

Kerajaan juga akan mengumumkan keputusan sama ada bahan radioaktif daripada kilang Lynas yang beroperasi di kawasan perindustrian Gebeng di sini perlu dihantar ke negara asal atau sebaliknya.

Pada hujung Mei lepas, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia akan membenarkan Lynas untuk terus beroperasi di negara ini.

Namun, terdapat beberapa ahli Parlimen yang tidak bersetuju dengan operasi kilang Lynas termasuk pembuangan sisa radioaktif daripada loji syarikat itu.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gabungan Selamatkan Malaysia Hentikan Lynas (SMSL) turut membantah operasi kilang syarikat berkenaan dengan menyuarakan kebimbangan berhubung isu alam sekitar.

Lynas bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan aktivis anti-Lynas yang mengatakan bahawa sisa operasi syarikat itu berbahaya kepada orang ramai dan tidak disimpan dengan betul adalah tidak benar.

Mereka menegaskan, menurut SIRIM Berhad (SIRIM), sisa Neutralisation Underflow Residue (NUF) yang dihasilkan oleh Lynas adalah bahan yang tidak berbahaya, tidak beracun dan tidak menunjukkan kesan kesihatan yang signifikan kepada orang atau berisiko kepada alam sekitar.

Pada Disember 2018, laporan Jawatankuasa

Eksekutif Penilaian Operasi mengenai Lynas Advanced Material Plant (LAMP) 2018 lantikan kerajaan Pakatan Harapan mendapati bahawa operasi Lynas adalah berisiko rendah,

mematuhi peraturan yang berkaitan dan kemudahan penyimpanan residu dikendalikan dengan cara betul. - UTUSAN ONLINE