Turut berada di sisi Lisa ketika menyambut kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka ialah suaminya, Yusry Abdul Halim di samping anak sulung pasangan itu, Yahaira Leanne.

Kedua-dua beranak itu difahamkan berada dalam keadaan sihat serta stabil dan masih lagi ditempatkan di wad Pusat Perubatan Pantai, Bangsar.

Pasangan selebriti itu bernikah pada 24 Februari 2012 dan dikurniakan anak sulung, Yahaira pada 15 September 2015.- UTUSAN ONLINE