Ketua Polis Sebring, Karl Hoglund berkata, kejadian berlaku pada jam 12.30 waktu tempatan di Bank SunTrust di Sebring, kira-kira 153 kilometer ke utara Orlando, iaitu bandar kecil yang mempunyai 10,000 penduduk.

Menurutnya, suspek berusia 21 tahun yang dikenal pasti sebagai Zephen Xaver menelefon pihak polis dan mendedahkan bahawa dia sudah melepaskan tembakan di dalam bank berkenaan. - REUTERS