Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara itu dilihat perlu bagi memberi jaminan kepada penggiat seni termasuk penyanyi, pelakon dan krew perfileman negara.

“Perkara ini akan dibawa ke peringkat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya bagi memperincikan apa cara yang boleh kita bantu golongan seniman dalam tempoh jangka masa panjang.

“Ini kerana kebajikan mereka dalam tempoh tersebut sangat penting bagi memberi jaminan khususnya pada hari tua kelak,” katanya ketika ditemui selepas melakukan ziarah ke atas pemain drum kumpulan rock legenda negara, Search, Yazit Ahmad, 57, di kediamannya di sini hari ini.

Terdahulu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada Yazit.

Selain sakit buah pinggang yang dihidapinya kira-kira 11 tahun lalu, Yazit dikatakan turut menderita sakit urat saraf dan terkini, masalah di bahagian otak.- UTUSAN ONLINE