Ketua Penerangan Bersatu Terengganu, Badrolhisham Mohd. Shafie berkata, program himpunan seumpama itu perlu ditentang kerana jelas bercanggah dengan tatasusila dan budaya bangsa.

Malah beliau juga kesal penganjuran yang menuntut supaya hak LGBT diiktirafkan seolah-olah memberi gambaran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah merestui himpunan tersebut.

" Hari ini kami hadir di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Terengganu untuk buat laporan polis supaya segera ambil tindakan ke atas mereka terbabit.

"Nampaknya ini satu tindakan terancang, mungkin dilakukan pihak tertentu," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis kira-kira pukul 3 petang di IPD Kuala Terengganu di sini hari ini.

Badrolhisham selanjutnya melahirkan rasa kecewa dengan tindakan pihak-pihak terbabit yang menyalahguna serta mencemari sambutan Hari Wanita tempoh hari.

"Kelompok kecil LGBT tak boleh dibenarkan berkembang dalam sosial budaya masyarakat Malaysia kerana ianya bercanggah dengan nilai agama Islam sebagai agama rasmi negara dan juga agama lain.

"Perhimpunan yang dihadiri kira-kira 100 orang iti telah tular di media sosial dengan menjerit menuntut cara hidup songsang mereka diiktiraf sambil keluarkan kata-kata lucah dan jijik, ini amat bercanggah dengan nilai budaya masyarakat kita," ujarnya. - UTUSAN ONLINE