jenis Charolais seberat kira-kira 1.3 tan mendapat perhatian orang ramai pada majlis korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Jaya Gading di sini hari ini.

Imam Masjid Jaya Gading, Wan Ali Wan Sembok berkata, lembu jantan berusia tiga tahun berkenaan dibeli daripada penternak tempatan pada harga RM11,500.

"Selepas mengadakan ibadah korban tahun lalu melibatkan seekor lembu baka itu yang disumbangkan, tahun ini sekali lagi kita dapat mengorbankan seekor lembu 'sado'.

"Alhamdulillah, majlis korban hari ini berjalan lancar dan dengan adanya lembu Charolais ini menjadi tarikan orang ramai," katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Ali, selain lembu Charolais itu, sebanyak lima ekor lembu lagi dikorbankan hari ini.

Tambahnya, daging lembu berkenaan akan diedarkan kepada orang ramai termasuk golongan memerlukan bantuan. - UTUSAN ONLINE