Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, antara kawasan yang dilanda banjir kilat adalah Perumahan Rahmat Jaya Fasa 4, Kampung Bahagia, di Gombak, Rawang, dan juga Jalan Persiaran Surian, Petaling Jaya.

“Banjir kilat kali ini mencatatkan ketinggian sehingga 0.6 meter mengakibatkan kesesakan teruk di sekitar kawasan terlibat.

“Kita meletakkan semua anggota di balai bomba yang berkenaan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini. - UTUSAN ONLINE

NAIMAH MOHD.