AFP yang memetik jurucakap polis Micky Rosenfeld sebagai berkata, ketika kejadian Duta Poland, Marek Magierowski sedang duduk di dalam keretannya sebelum lelaki warga emas itu menghampiri dan meludah beliau.

Mahkamah Tel Aviv semalam memerintah lelaki itu diletakkan di bawah tahanan rumah dan tidak mendekati kawasan Kedutaan Poland di Tel Aviv selama 30 hari.

Jurucakap kepada Menteri Luar Israel, Emmanuel Nahshon menyatakan rasa terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Insiden itu berlaku sehari selepas Poland membatalkan lawatan pegawai Israel yang mahu membincangkan isu rampasan tanah ketika Halocaust. -AFP