IMAM 2 Masjid Uniten, Mohd. Taufik Abu Hassan. - UTUSAN ONLINE /YULPISMAN ASLI
IMAM 2 Masjid Uniten, Mohd. Taufik Abu Hassan. - UTUSAN ONLINE /YULPISMAN ASLI 

Solat hajat itu ditunaikan sejurus solat Jumaat dan diimamkan oleh Imam 2 Masjid Uniten, Mohd. Taufik Abu Hassan. 

Beliau turut memimpin bacaan doa yang mendoakan kesembuhan dan keselamatan penduduk Pasir Gudang daripada musibah tersebut. 

"Kita mengadakan solat hajat untuk kesembuhan dan keselamatan penduduk Pasir Gudang khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 

"Apa yang berlaku adalah ujian dan sebagai orang yang beriman kepada Allah juga kita bertawakal," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE