Beliau diiringi Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Engku Hamzah Tuan Mat, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim

Ibrahim Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan

Kerja Raya (JKR), Datuk Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Osman.

Pengarah Maritim

Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, dalam lawatan itu Ismail diberikan penerangan terkini tentang pengoperasian selain keperluan ABMB untuk dipertingkatkan.

"Penerangan menekankan ke atas pengoperasian dan

pengawasan ke atas kedaulatan perairan negara , penyelenggaraan dan

penambahbaikan peralatan yang sedia ada serta tadbir urus kebajikan anggota

yang bertugas di ABMB.

"Delegasi dibawa meninjau ke menara kawalan dan kemudahan di ABMB,

Batuan Tengah," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Pada 8 November 2016 Majlis Keselamatan Negara dan JKR menyerahkan ABMB kepada Maritim Malaysia untuk beroperasi sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE