JACOB GEORGE

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, perkara itu juga sebagai usaha membantu meringankan beban pihak berkuasa kerajaan melakukan kerja-kerja pemantauan secara berkala.

“Sepatutnya kerajaan sudah mulakan operasi penguatkuasaan bagi tujuan pemantauan awal di premis makanan sebagai menunjukkan komitmen terhadap larangan ini.

“Sekiranya kerajaan berdepan kekurangan tenaga, adalah wajar sekiranya melibatkan atau memberi kuasa pihak-pihak tertentu seperti pemimpin masyarakat atau NGO dalam membantu kerajaan mengenai aspek pemantauan dan tindakan tersebut,” katanya kepada Utusan Online hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berhubung tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar larangan merokok di premis makanan akan bermula pada 1 Januari tahun hadapan.

Menurut Dr. Dzulkefly, tempoh lanjutan selama enam bulan sudah cukup untuk mendidik rakyat mematuhi larangan itu dan pihaknya menerima banyak aduan perokok sudah tidak menghiraukannya. - UTUSAN ONLINE