Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang mengendalikan siasatan itu kini di peringkat akhir penyiasatan sebelum menyerahkan laporan penuh kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mereka (JKKP) kini sudah di peringkat akhir penyiasatan berhubung insiden berkenaan dan

berjanji akan siapkan laporan secepat mungkin.

“Saya dimaklumkan laporan penuh akan diserahkan kepada DBKL pada 16 Ogos ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Terbuka Ski Air Dunia 2019 Persekutuan Luncur Air & Wakeboard Antarabangsa (IWWF), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini insiden yang mengakibatkan lapan individu cedera pada 2 Ogos lalu.

Dalam pada itu berhubung cadangan DBKL yang mahu kontraktor penyelenggara lif PPR membawa bersama wakil JKKP ketika pemeriksaan pada setiap bulan, Khalid berkata, beliau tidak pasti cadangan itu praktikal untuk dilaksanakan atau sebaliknya memandangkan kakitangan jabatan itu juga agak terhad.

"Apa yang penting ialah pengeluar dan kontraktor dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan lif melakukan kerja secara profesional, mematuhi prosedur dan setiap pemeriksaan direkodkan," katanya.

Sementara itu mengenai IWWF 2019, kejohanan selama enam hari itu menampilkan 150 peserta dari 32 negara termasuk lapan juara dunia yang bakal bersaing dalam tiga kategori iaitu Trick, Jump dan Slalom. - UTUSAN ONLINE.

habis//