Pengumuman pembatalan semua penerbangan yang berlepas dari lapangan terbang itu diumumkan menerusi laman web rasmi sebentar tadi.

Penumpang turut dinasihati supaya meninggalkan bangunan tersebut dengan segera.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menjelaskan mengenai status penerbangan yang tiba di lapangan terbang tersebut.

Dalam kenyataan awal sebelum ini, pihak berkuasa lapangan terbang Hong Kong menghentikan sementara semua pemeriksaan masuk ke terminal berlepas selepas penunjuk perasaan melakukan sekatan untuk hari kedua. -AFP