USA Today melaporkan, lapangan terbang itu juga kini mempunyai logo baharu, yang direka cipta oleh Badge Design sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula.

Logo yang dilhamkan daripada siluet Ali itu turut menampilkan lengan yang menyerupai rama-rama sementara warna merah dan jingga dipilih sebagai menunjukkan kekuatan dan kuasa.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis yang dihadiri oleh balu Allahyarham, Lonnie Ali, wakil dari Pusat Muhammad Ali dan ahli pejabat Datuk Bandar Greg Fischer. -AGENSI