Antara kawasan di Langkawi yang terjejas dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu adalah di

Pantai Chenang, Kedawang, Bohor, Padang Matsirat, Ayer Hangat dan Ulu Melaka sehingga menyebabkan banyak rumah rumah mengalami kerosakan serta pokok tumbang

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Langkawi, Kapten Ahmad Shahfikri Darus berkata, kejadian kira-kira pukul 8 malam itu mengakibatkan beberapa buah rumah dan kenderaan rosak akibat ditimpa pokok.

"Pemantauan dan kerja-kerja membersihkan kawasan terjejas akan dilakukan segera dengan koordinasi pengurusan bersama agensi lain termasuk polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat,(JKM) " katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya masih mendapatkan laporan lengkap berhubung kejadian dan setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku di pulau peranginan itu.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) pada pukul 8.05 malam tadi.

Kejadian itu dijangka berlaku sehingga pukul 11 malam ini.

Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang secara menyeluruh juga dikeluarkan pada pukul 8 malam tadi bagi kawasan perairan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga pukul 10 malam ini.- UTUSAN ONLINE