Menurut Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, Bahagian Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (PSSGM WPKLP), Rizal Husin, program tersebut diadakan bersempena Kejohanan Silat Seni Asli & Kejohanan Seni Mempertahankan Diri (SMD) Silat Seni Gayong 2019 yang bakal dianjurkan pada awal Oktober nanti.

"Selain itu, ia bagi sama-sama berukhwah membuat persembahan silat mengikut aliran pelajaran silat masing-masing.

"Saya juga berharap selepas ini bersama perguruan pertubuhan silat lain untuk merencanakan dan mengadakan program pembangunan memperkembangkan lagi seni silat di tanah air khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini sebentar tadi.

Progam penutup itu telah disempurnakan Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku Penaung PSSGMWPKLP, Ir. Ahmad Tamby Kadir di Dewan Pusat Komuniti Seri Petaling.

Tambahnya, sebanyak 15 persembahan silat dipersembahkan daripada pelbagai perguruan di sini.

Perguruan yang terlibat ialah PSSGM Cawangan Lembah Pantai; Persatuan Seni Silat Cemara Bugis Negeri Kelantan; PSSGM Cawangan Putrajaya dan Silat Tuo Langkah 4.

Selain itu, yang turut terlibat ialah PSSGM Cawangan Wangsa Maju; Hamboran Rimau Puteh; PSSGM Cawangan Titiwangsa; Pertubuhan Persilatan Bentara Melayu; Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, Masjid Sentul; PSSGM Cawangan Universiti Malaya; Kelab Belia Kampung Rawa Ulu Lenggeng; PSSGM Gelanggang Tok Jenai Taman Melewar; Team Artis FPSTI; Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia, Bandar Seri Putra, Bangi dan Perguruan Seni Silat Gerak Hidayat KL. - UTUSAN ONLINE