Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, atas sebab itu nilai teras seperti integriti dan kebolehpercayaan mesti diasuh sejak awal.

“Saya rasa inilah aspek paling mustahak untuk kita semai dan teliti semula.

“Tidak ada usahawan yang akan berjaya tanpa disiplin dan kesungguhan begitu juga perlunya sikap yang positif dan keberanian mengambil risiko,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam Majlis Pelancaran Dasar Keusahawan Nasional 2030 di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. - UTUSAN ONLINE