Rencana bertajuk 'Hilang Jati Diri Kerana Gagal Komunikasikan Kegemilangan' tulisan wartawan sambilan, Asma Hanim Mahmood dari Utusan Malaysia menang tempat pertama kategori Laporan Rencana Cemerlang.

 Bagi kategori Laporan Berita Cemerlang pula, Utusan Malaysia telah meraih tempat kedua menerusi laporan bertajuk 'Wanita ditemukan terkurung, bergelumang najis, sampah' tulisan Zulhanifa Sidek.

 Kejayaan dalam kategori sama turut dibolot Kosmo! yang menang tempat ketiga menerusi laporan 'Air Mata Orang Asli Gua Musang' hasil kerja Muhammad Firdaus Hassan, Tuan Nur Aimuni Tuan Lah dan Muhammad Shiddeqiin Zon.

 Selain cemerlang dalam penulisan, jurugambar Utusan Malaysia, Ghazali Basri yang kini sedang menunaikan ibadat haji menang tempat ketiga kategori Kewartawanan Foto Cemerlang menerusi gambar yang mengiringi laporan 'Banjir Kilat Landa Kelantan'.

 Terdapat lima kategori dipertandingkan dalam MAKK 2018 dengan pemenang bagi setiap kategori menerima hadiah wang tunai RM1,000 untuk tempat pertama, RM700 tempat kedua dan RM500 bagi tempat ketiga selain sijil.

 Majlis bagi memberi pengiktirafan kepada pengamal media termasuk akhbar dan televisyen ini yang berlangsung di Sam Sweet Garden di sini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat. - UTUSAN ONLINE

Berikut adalah senarai penuh pemenang (bermula dari kedudukan tempat ketiga):

Kewartawanan Foto Cemerlang

3) Banjir kilat landa kelantan - Ghazali Basri (Utusan Malaysia)

2) Rezeki Tengkujuh - Shahuri Awang @ Saidi (Bernama)

1) Redah Hujan Cabut Ubi - Nik Abdullah Nik Omar ( Harian Metro)

Laporan Berita Televisyen Cemerlang

3) RTM - Selamat Pagi Malaysia - Catur OKU Maisarah, Shapiin Kamisah Azid

2) RTM - Tengkujuh Ikan Darat Nur Liyana Mohd Nazim @ Mohd Nazam Mohd Mohd Sallem Zabani

1) TV3 - Suspek Jenayah Sempadan Shahnun Hanif A.Suhaimi, Nik Zaidi Nik Abu Bakar

Laporan Khas Televisyen Cemerlang

3) RTM Masjid Ar Rahman Unik dan Indah - Ahmad Herman Rodzi, Mohd Masrizull Omar

2) RTM Sungai Pelancongan Berkelodak - Maisarah Shapiin, Kamisah Azid

1) TV3 Pengemis Kota, Nik Mohd Zulhafiz Zulkifli, Ahmad Faris Abdul Halim

Laporan Berita Cemerlang

3) Air Mata Orang Asli Gua Musang - Muhammad Firdaus Hassan, Tuan Nur Aimuni Tuan Lah, Muhammad Shiddeqiin Zon - Kosmo

2)  Wanita ditemukan terkurung, bergelumang najis, sampah - Zulhanifa Sidek - Utusan Malaysia

1) Gembira Bertaut Duka - Sharifah Mahsinah Syed Abdullah

Laporan Khas Cemerlang

3) Sinar Harian - Rantau Panjang Bakal Tenggelam Hazelen Liana Kamarudin

2) Harian Metro - Tukang Masak Dedah Rahsia - Nor Amalina Alias

1) Harian Metro - Cinta Suami Permit - Nur Fazlina Abdul Rahim , Syaherah Mustafa

Laporan Rencana Cemerlang

3) Sinar Harian - Singkap Sejarah Pengkalan Datu, Zaimatuljuwita Abdul Manaf

2) Bernama - Loghat Kelate Harmoni Kaum - Rohaiza Abd Rahman

1) Utusan Malaysia - Hilang Jati Diri Kerana Gagal Komunikasikan Kegemilangan