Menurut Pengurus Kanan Operasi Tintarona, Azlan Abdul Aziz (gambar), diskaun menarik menanti pengunjung dengan harga terbaik produk-produk keluaran syarikat itu.

AZLAN ABDUL AZIZ
AZLAN ABDUL AZIZ

“Seperti hari ini, kami telah menjual satu beg plastik mengandungi 20 majalah yang dijual RM10 manakala untuk 5 buku novel pula RM20.

“Jualan itu akan diteruskan pada hari terakhir PBAKL dan diharap pengunjung tidak melepaskan pe­lu­ang mendapatkannya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hari ini, gerai pameran Tintarona dan Kumpulan Utusan mengadakan pelancaran promosi produk Tutor A+, wajah baharu Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia edisi Pantai Timur serta akhbar digital.

Pelancaran itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis jemputan, Shiha Zikir dan pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam sesi kuiz yang diadakan.

Selain itu, pemenang No­vel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) ke-33, Sri Rahayu Mohd. Yusop menerusi karyanya, Selendang Merah Balukhali turut hadir bagi mempromosikan novel beliau di gerai pame­ran Tintarona dan Kumpulan Utusan.

Dalam pada itu, Eksekutif Pemasaran Produk Digital Jabatan Pemasaran Utusan Malaysia, Adibah Ali berkata, pihaknya juga menawarkan RM50 setahun bagi pengunjung yang melanggan akhbar digital Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia bagi satu langganan akan menerima dua tiket ke taman tema air, Bangi Wonderland.

“Bagi melanggan akhbar digital itu, mereka layak menyertai cabutan bertuah de­ngan memenangi dua tiket ke Genting Highlands. Mereka yang berjaya akan dihubungi oleh pihak kami,” katanya.