Pengerusinya, Nassry Mardee Ismail berkata, sebanyak dua ekor lembu ditumbangkan dalam program korban kali ini hasil sumbangan Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

"Korban Ukhwah ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli kelab bersama masyarakat setempat termasuk anggota keselamatan.

"Daging korban tersebut akan kita agihkan kepada ahli-ahli kelab termasuk masyarakat setempat selain penama korban," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis berkenaan yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Balai Polis Jelapang, Inspektor Rashidi Othman dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil.

Dalam pada itu, Nassry Mardee berkata, sebanyak 30 ahli kelab hadir membantu menjayakan program korban berkenaan yang bermula pukul 8.30 pagi.

Selain itu katanya, ia turut dijayakan secara gotong-royong bersama 10 anggota polis serta 25 anggota bomba termasuk dari ibu pejabat negeri bermula daripada proses menyembelih, melapah dan memasak pelbagai hidangan.

"Pihak kelab juga berbesar hati dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya kerana menyediakan tempat untuk menjalankan program ibadah korban kali ini," katanya. - UTUSAN ONLINE