Seorang pelancong yang hanya dikenali sebagai Maria berkata, ketika kejadian berlaku dia sedang berehat di dalam bilik bersama ahli keluarga.

"Tiba-tiba ada seorang pekerja resort ini datang mengetuk pintu bilik dan memaklumkan ada kejadian tanah runtuh berlaku.

"Kami kemudiannya diminta untuk keluar dari kawasan ini sehingga kerja-kerja mencari dan menyelamat selesai (SAR)," katanya ketika ditemui di Lost Paradise Resort di Tanjung Bunga di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.25 malam itu, empat pekerja warga Myanmar maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tebing Jalan Batu Feringghi.

Setakat pukul 12.30 tengah malam ini, tiga mayat mangsa telah dijumpai dan usaha mencari seorang lagi mangsa sedang dijalankan.

Usaha-usaha untuk mengeluarkan mayat yang telah ditemukan itu masih giat dijalankan. - UTUSAN ONLINE