Majlis perasmian seminar serta kejohanan sukan itu diadakan di Hotel Hatten di sini yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Ketua Perkhidmatan Awam Singapura, Leo Yip yang mengetuai delegasi masing-masing.


Delegasi Malaysia kali ini disertai seramai 41 orang merangkumi Ketua-Ketua Setiausaha, Ketua Agensi Pusat, Setiausaha Kerajaan negeri dan para pegawai kanan perkhidmatan awam.


Singapura pula diwakili 33 pegawai tertinggi perkhidmatan awam kerajaan republik itu termasuk Setiausaha Tetap, Ketua Lembaga Statutory dan ketua lain-lain sektor awam.


Program tersebut menyediakan platform kepada penjawat awam kanan daripada kedua-dua negara untuk bertukar-tukar pandangan mengenai topik yang mempunyai kepentingan bersama selain meningkatkan hubungan antara sektor awam Malaysia-Singapura. - UTUSAN ONLINE