Allahyarham yang berusia 73 tahun dipercayai mengalami sakit perut, sukar makan dan muntah sejak semalam dan dimasukkan ke hospital tersebut untuk mendapatkan dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurut kenyataan Laman Facebook Pengakap Malaysia, Allahyarham merupakan bekas Menteri Pengajian Tinggi dan bekas Ahli Parlimen Kuala Langat.

Jenazah beliau kini berada di Hospital Selayang sebelum dibawa ke Masjid Al-Makmur, Kampung Ginching, Salak Tinggi, Sepang untuk disolat dan dikebumikan selepas waktu solat zohor. – UTUSAN ONLINE