Katanya, menjadi individu penting dalam pentabdiran negara hendaklah mempunyai ciri-ciri ke Malaysiaan iaitu tahu latar sejarah negara, boleh berbahasa Melayu dengan baik serta memahami adat dan budaya di sini.

“Untuk jadi orang penting dalam pentadbiran negara Malaysia, hendaklah mempunyai ciri-ciri ke Malaysiaan. Antaranya, tahu latar sejarah negara, boleh berbahasa Melayu, faham adat dan budaya rakyat negara ini.

“Jika bahasa Melayu pun lemah, ditambah pula adat, kesopanan dan budaya utama dalam negara pun gagal difahami, maka bagaimanakah individu seperti itu menduduki jawatan penting dalam perundangan sebuah negara yang bernama Malaysia?,” katanya dalam status Facebooknya di sini, hari ini.

Semalam tular video yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas menari bersama di atas pentas dengan beberapa individu lain dalam acara yang dipercayai majlis Makan Malam Gala Pembukaan Tahun Perundangan 2019.

Selain kedua-dua tokoh itu, antara mereka yang berprofail tinggi didapati berada dalam video sama ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong serta peguam-peguam yang dilihat sebagai pro-PH, Datuk S. Ambiga dan Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim.

Mohd. Asri dalam status Facebooknya sebelum itu turut menegaskan individu-individu yang memegang peranan penting dalam negara seharusnya mengawal cara dan kesantunan supaya tidak dianggap melangkaui tertib.- UTUSAN ONLINE