Beliau mengakui latar belakang keahlian parti itu yang pelbagai telah menyebabkan ramai yang mempunyai matlamat tersendiri.

“Sehubungan itu, kita meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya segera menjalankan siasatan dan mencari penyebar video tersebut.

“Saya sifatkan kes ini sesuatu yang luar biasa kerana jarang orang yang terlibat, tampil dan mengaku,” katanya ketika ditemui sempena Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) Tikam Batu di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penyebaran video intim melibatkan seorang menteri Kabinet baru-baru ini.

Video aksi seks sejenis yang didakwa melibatkan menteri berkenaan semakin panas apabila selepas 24 jam ia tular, Muhammad Haziq Abdul Aziz tampil mendakwa dia adalah individu yang berada dalam video tersebut.

Johari seterusnya berkata, pucuk pimpinan PKR menolak sebarang bentuk politik kotor sekali gus tidak sesuai bagi mana-mana ahli politik di Asia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani berkata, trend politik begitu diamalkan hanya oleh mereka yang tidak mempunyai pegangan asas agama secukupnya. - UTUSAN ONLINE