Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 10 kes buang bayi berlaku antara tahun 2016 hingga bulan lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, hanya satu kes bayi yang ditemui telah meninggal dunia.

"Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri ini, kes buang bayi di negeri ini adalah tidak serius," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh yang memberitahu, Johor menjadi negeri paling banyak mencatatkan kes buang bayi, sehingga Mei lalu.

“Sehingga Mei lalu, Johor menjadi negeri tertinggi kes pembuangan bayi sebanyak 13 kes diikuti Selangor (11) dan Kedah sebanyak lima kes," kata Hannah. - UTUSAN ONLINE